Kerjaya sebagai pengurus Diego Maradona

Pengurusan

Beliau menceburi diri dalam pekerjaan jurulatih di samping bekas rakan seperjuangan dari Argentinos Juniors, Carlos Fren. Mereka berdua memimpin Mandiyú dari Corrientes (1994) dan Racing Club (1995), tetapi kurang bernasib baik.

Peringkat antarabangsa

Setelah jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Argentina, Alfio Basile meletak jawatannya pada tahun 2008, Diego Maradona lekas menawarkan diri agar mengambil tempatnya. Menurut beberapa sumber akhbar, beliau merebut jawatan itu dengan Diego Simeone, Carlos Bianchi, Miguel Ángel Russo dan Sergio Batista.

Pada 29 Oktober 2008, pengerusi AFA, Julio Grondona mengesahkan bahawa Maradona menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan mulai Disember 2008. Pada 19 November 2008, Diego Maradona mengurus pasukan Argentina buat kali pertama ketika Argentina menumpaskan Scotland 1-0 di Hampden Park, Glasgow.

Setelah memenangi tiga perlawanan sulung di bawah kepimpinan Maradona, pasukan Argentina tewas pula 6–1 kepada Bolivia, menyamai jurang kekalahan terburuk yang dialami oleh pasukan ini. Dengan dua perlawanan lagi dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia 2010, Argentina berada di tangga kelima dan menghadapi kemungkinan gagal melayakkan diri, mujur kemenangan dua perlawanan terakhir berjaya menyelamatkan maruah pasukan Argentina pimpinan Maradona.[12][13]

Selepas kejayaan Argentina melayakkan diri, Maradona berbahasa kesat di sidang akhbar pasca-perlawanan yang bersiaran langsung, untuk menyelar pihak akhbar yang sebelum ini mengecam prestasi rendah pasukan Argentina.[14] FIFA bertindak mengenakan larangan menjalani kegiatan bola sepak selama dua bulan sehingga 15 Januari 2010, dan denda CHF 25,000, di samping memberi amaran kepada tingkah lakunya.[15]

Di Piala Dunia yang dilangsungkan pada Jun–Julai 2010, Argentina memulakan perjuangan dengan menewaskan Nigeria (1-0), kemudian membenamkan Republik Korea (4–1), termasuk hatrik dari Gonzalo Higuain.[16][17], kemudian mengakhiri tugas peringkat kumpulan dengan kemenangan 2–0 terhadap Greece untuk mendahului kumpulan mereka, lalu bertemu dengan pasukan Mexico,[18], di mana Argentina meneruskan kecemerlangan dengan mata 3-1. Namun demikian, Argentina akhirnya kecundang 4-0 di tangan Jerman di suku akhir.[19] Argentina menduduki tangga kelima di seluruh kejohanan.

Pada 15 Julai 2010, Persatuan Bola Sepak Argentina mengumumkan beliau bakal menerima tawaran baru untuk kekal sebagai jurulatih selama empat tahun lagi sehingga tibanya Piala Dunia di Brazil,[20] namun pada 27 Julai, AFA mengumumkan bahawa lembaganya sebulat suara memutuskan agar tidak memperbaharui kontraknya.[21]

Rujukan

WikiPedia: Diego Maradona http://www.espantalagata.com.ar/ http://www.homenajeal10.com.ar/ http://www.meduermo.com.ar/thumbnails.php?album=11... http://worldsoccer.about.com/od/soccerhistory/p/di... http://euro2008-blog.blogspot.com/2008/05/diego-ma... http://www.ole.clarin.com/notas/2007/04/26/0140724... http://www.clarin.com/diario/2005/06/03/espectacul... http://www.clarin.com/diario/2005/06/19/sociedad/s... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/10/14/f... http://sportsillustrated.cnn.com/2005/writers/mark...